skip to main |
skip to sidebar
KEPADA MASYARAKAT SATU ALAT BERKUASA :
- TMK sebagai alat merevolusikan pembentukan persekitaran dan pembelajaran yang menyeluruh di seluruh dunia (tanpa sempadan) dan pada bila-bila masa.
- TMK mebantu pelajar membuat penyesuaian pembelajaran mengikut keperluan sendiri. Selain itu, sebagai sumber maklumat yang terbesar boleh membantu masyarakat mengembangkan kemahiran penyoalan dan membuat penyelidikan.
- TMK mewujudkan kumpulan pembelajaran secara maya. Simulasi dapat melaksanakan proses pembelajaran dan melakukan aktiviti secara maya.
- TMK membantu pencarian maklumat terkini dengan cepat, pantas dan relevan melalui penggunaan internet.
- TMK membantu merapatkan jurang digital. Menaiktaraf dan menambahkan infrastruktur komunikasi untuk meningkatkan kebolehcapaian di seluruh negara dengan tujuan merapatkan jurang digital.
- TMK mampu menjamin keselamatan data dengan kemudahan sistem "data back-up " dan mampu memperkemaskan sistem maklumat dengan menggunakan aplikasi bersepadu.
- TMK menyediakan bahan pembelajaran dalam bentuk elektronik(e-content) yang boleh meningkatkan pembelajaran.
KEPADA MASYARAKAT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN :
- Galakan terhadap penggunaan teknologi komputer didapati boleh meningkatkan harga diri dan keyakinan masyarakat. Dari aspek penulisan menggunakan pemprosesan perkataan serta komunikasi secara mel elektronik.
- TMK dapat menguhubungkan antara komuniti yang pelbagai budaya.
- Memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai perkara-perkara yang menjadi asas kepada pendidikan komputer bagi membolehkan mereka mempertingkatkan dan mengoptimakan kemahiran dalam bidang perkomputeran melalui pengajaran berasaskan teknologi komputer.
- Penggunaan internet dan komputer multimedia telah mencetuskan perpindahan teknologi tradisional kepada era digital yang menakjubkan. Mengimbau realiti suatu ketika dahulu, telefon dan surat menyurat ataupun "snail mail" hanyalah wahana penghubungan ringkas yang kurang dalam monopoli perhubungan antarabangsa.
- TMK membolehkan penyebaran maklumat lebih luas, cepat dan dinamik. Penyampaian maklumat dapat disampaikan dengan menggunakan bentuk persembahan yang berbeza seperti berbentuk perkataan atau multimedia.
KEPADA MASYARAKAT DAN EKONOMI
- Perdagangan menerusi talian atau lebih dikenali sebagai e-dagang. Menerusi perdagangan elektronik ini, aspek geografi tidak lagi menjadi halangan bahkan potensi pasaran semakin meningkat dan lebih berbentuk global. Di alam internet inilah, peniaga-peniaga boleh mendirikan kedai-kedai maya mereka yang dapat mempamer dan mempromosikan jualan secara langsung 24 jam sehari. Malahan, proses-proses perniagaan seperi penghantaran pesanan, penyerahan bil bayaran serta penghantaran produk dapat dilaksanakan dengan cepat, sistematik dan terjamin. Mengalakkan e-dagang dan meningkakan penggunaannya bagi membolehkan Malaysia bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran global.
- Perkhidmatan e-banking. Bank pada dasarnya adalah salah satu daripada sistem ekonomi yang penting kepada negara. Bank yang mengendalikan urus niaga kewangan biasanya melibatkan wang bernilai jutaan ringgit dan mengendalikan rekod-rekod pelanggan yang banyak, hampirsetiap hari. Urusan-urusan ini peru dilakukan dengan cekap dan pantas kerana melibatkan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan bank. Atas dasar keperluan inilah e-banking diwujudkan. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan-pelanggan bank mengakses akaun mereka di bank melalui internet.