JellyPages.com

JEANY AK. TINGGI-NUR EFYRINA-MARSHEL NESCIA

JEANY AK. TINGGI-NUR EFYRINA-MARSHEL NESCIA

Ahad, 28 September 2014

kebaikan dan keburukan teknologi maklumat dan komunikasi

Kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi
MyEg Service’ oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai membaharui cukai jalan kenderaan secara ‘internet online’.

 Sebelum ini syarikat-syarikat insuran telah menawarkan perkhidmatan tersebut untuk membaharui insuran kenderaan secara online tetapi para pemilik kenderaan terpaksa pergi ke JPJ atau Pejabat Pos Malaysia bagi membaharui cukai jalan masing-masing. Selain itu beberapa agensi kerajaan lain juga sudah mengorak langkah memanfaatkan teknologi ICT misalnya LHDN yang menggunakan sistem E-Filing.

Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan kertas dalam urusan pembayaran cukai pendapatan. Bagi industri perbankan pula Maybank Berhad mendahului bank lain dalam menawarkan sistem online dengan jenama maybank2u. Urusan pemindahan wang dan pembayaran bil dapat dilakukan dengan mudah dan cepat iaitu hanya di ‘hujung jari’.

Kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi ialah merapatkan sillaturahim antara kaum keluarga ataupun saudara. Laman media sosial seperti facebook, yahoo messenger, skype, dan sebagainya amat memudahkan seluruh masyarakat di dunia untuk berhubung. Hanya melalui satu klik, masyarakat akan terhubung antara satu sama lain meskipun terpisah jauh.

Keburukan teknologi maklumat dan komunikasi
Di sebalik kemudahan-kemudahan tersebut terdapat juga keburukannya antaranya peluang pekerjaan. Ini akan menambahkan kadar pengangguran dalam negara. Justeru tenaga kerja yang ada perlu disalurkan ketempat yang sesuai bagi mengurangkan masalah tersebut. Ini kerana warganegara Malaysia tidak lagi berminat bekerja sebagai buruh kasar dan pembantu rumah atau pelayan restoran.

sebenarnya banyak ilmu dan manfaat yang boleh digunakan dengan kewujudan teknologi ICT tetapi bila disalahgunakan terutama medium internet menyebabkan semua lapisan masyarakat termasuk remaja dan kanak-kanak turut terdedah kepada bahan lucah/porno. Ini seterusnya akan menambahkan gejala sosial seperti seks bebas dan jenayah berkaintan seks seperti rogol dan lain-lain.
Selain daripada itu, kemudahan teknologi ini juga aakan melalaikan manusia jika tidak mengawal  keinginan dalam mencari pelbagai kemudahan melalui teknologi. Apabila manusia sudah mula lalai, pergaulan manusia antara satu sama lain secara tidak langsung akan berkurangan. Perpaduan antara sesama kita akan mula longgar. Ini kerana semua sibuk bermain gadjet masing-masing.


kerajaan ataupun pihak swasta dapat berganding bersama bagi menghasilkan suatu rumusan dan pelan tindakan bagi membendung masalah dan kesan negatif dari ICT terutama peningkatan jenayah siber dan laman-laman sesawang yang berunsur lucah



REVOLUSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN INOVASI

SEJARAH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


Khamis, 4 September 2014

Kesantunan Verbal dan Non Verbal

Kesantunan Verbal • Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab. • Dikenali sebagai kesantunan berbahasa. • Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan. • Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. • Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan- rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umum dan lain-lain lagi. • Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan. • Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan. • Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa-apa yang ingin disampaikan. • Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut. • Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain. • Bertanya Khabar 1. “Apa khabar? Lama kita tidak berjumpa." 2. “Assalamualaikum” . 3. Contoh lain : Terima kasih, Sila duduk dan sebagainya. • Memberi salam apabila bertemu dengan orang yang lebih tua. Mengucapkan terima kasih. • Semasa kita berkomunikasi komponen-komponen bahasa seperti fonetik dan fonologi, semantik, morfologi, dan sintaksis digunakan. • Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa. • Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul. • Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan kata. • Semantik berkaitan dengan makna kata atau ayat. • Tuntasnya, kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. • Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan- rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umum dan lain- lain lagi. • Kesantunan verbal juga boleh ditonjolkan melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan. • Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa-apa yang ingin disampaikan. Aspek-aspek Kesantunan Verbal • Bertutur dengan menggunakan bahasa halus. • Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tatatertib. • Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. • Bahasa sapaan lisan / bertulis haruslah digunakan dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau berbudi bahasa. • Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. • Kesantunan bahasa bukan sahaja merangkumi penggunaan dalam pertuturan tetapi juga dalam bentuk bertulis. • Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. • Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersinam, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya. • Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. • Lihat contoh berikut : o Pak cik – digunakan untuk orang lelaki yang amat sebaya dengan ayah sendiri. o Mak cik – digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak sendiri. o Tok – digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek sendiri. o Abang – digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya. o Kakak – digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri. o Adik – digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada sendiri. • Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada : o Panggilan kekeluargaan pertalian darah  Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su. o Gabungan nama kekeluargaan asas  Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik, Kak Cik. o Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan  Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar  ( Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua )  Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua. Contoh : abang ipar, kaki ipar, adik ipar, mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya. • Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal) o Tuan – digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada sendiri dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed. o Encik, Cik – boleh digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada sendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad. o Puan – untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada sendiri dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya. o Saudara – digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan sendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dengan sendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan dan sebagainya. o Saudari – digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara. o Tetuan – hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan ( termasuk syarikat guaman ) seperti : Tetuan Syarikat Sinaran Sdn.Bhd. • Gelaran warisan o Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam), Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu) o Gelaran ketua runan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak), Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (Kedah) dan Tun (Terengganu). o Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w seperti syed atau sayed bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. o Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini. o Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden ( Jawa ), Daeng (Bugis ), Sidi, Sutan ( Minangkabau ), Teuku dan Teungku ( Aceh ). • Gelaran Kurniaan o Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk ( Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia ), Datuk ( Datuk Patingi, Datuk Amar ), Datin Paduka ( gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor ), Tok Puan ( isteri kepada datuk di Terengganu ). o Pendeta Za’aba [ gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).] o Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. • Kata Panggilan dalam majlis rasmi Kesantunan Non Verbal • Kesantunan non verbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan. • Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan dan gerakan tubuh. • Tidak kira sama ada melalui verbal atau non verbal, konsep kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas muka bumi ini. • Konsep kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. • Bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata memainkan peranan yang sama penting untuk melestarikan konsep kesantunan non verbal itu. • Ekspresi muka dapat menjadi sumber informasi yang menggambarkan keadaan emosional seseorang, seperti: perasaan takut, marah, jijik, muak, sedih, gembira, dan minat. Melalui ekspresi muka, orang akan mengetahui perasaan kita dengan melihat ekspresi muka kita. • Melalui mata pula, kita boleh mengetahui bagaimana sikap seseorang, adakah seseorang itu bersiap sedia untuk berinteraksi, adakah seseorang itu memberi perhatian terhadap penutur atau tidak. • Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah : o Pengulangan ( repeating ) – mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal. o Penggantian ( substituting) – menggantikan verbal dengan simbol atau lambang. o Kontradiksi ( contrast / regulating ) – menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan non verbal. o Pelengkap ( complement ) – melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal. o Penegasan ( accenting / moderating ) – menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal. Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbal • Gerakan Anggota Badan o Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu. o Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan. o Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti :  Isyarat gerakan tangan  Isyarat air muka  Bahasa tubuh • Gerakan Mata o Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan. o Contohnya :  Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat.  Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta.  Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu / tidak tenteram perasaannya.  Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya. o Gerakan Tangan  Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang kebudayaan.  Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.  Contohnya :  Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.  Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam / tolong senyap.  Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.  Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu. o Mimik Muka  Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.  Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.  Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang.  Contohnya :  Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui banyak maksud yang tersurat dan tersirat.  Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadian seseorang.  Ahli komunikasi yang baik dapat mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya.  Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui, untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra / positif, tunjukkanlah air muka yang jernih. Kesantunan Verbal dan Non Verbal • Daripada aspek bahasa Malaysia menurut pemahaman saya, kesantunan berbahasa merujuk kepada kesantunan berbahasa daripada segi verbal dan non verbal. • Melalui verbal dan non verbal, kesantunan berbahasa dapat ditonjolkan dan seterusnya dicontohi oleh masyarakat terutamanya golongan muda masa kini yang dilihat semakin meminggirkan kesantunan berbahasa sama ada daripada segi verbal atau pun non verbal. • Kesimpulannya, konsep kesantunan berbahasa ini perlulah dihayati, diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia. • Hal ini kerana kesantunan berbahasa ini sangat penting sama ada verbal atau non verbal bagi menjaga nama baik bangsa, agama dan tanah air tercinta. • Malahan, kesantunan berbahasa ini juga dapat menjaga hubungan baik kita sesama insan berbagai bangsa serta mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim yang baik dengan semua orang. • Oleh itu, diharapkan semua pihak dapat bersama-sama berganding bahu dalam membangkitkan, menanam sifat kesantunan ini agar kita semua mendapat manfaatnya.

STRATEGI KESANTUNAN VERBAL DAN BUKAN VERBAL

1. STRATEGI KESANTUNAN VERBAL - kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis. - Bahasa halus digunakan dengan meluas dalam ungkapan bertatasusila. - Bahasa halus ini digunakan supaya perasaan orang lain tidak tersinggung semasa berkomunikasi. - Contoh, terima kasih dan selamat datang. - Penggunaan Bahasa halus juga melibatkan intonasi yang sesuai, iaitu nada pengucapan yang rendah, lembut dan sesuai, walaupun sewaktu menyindir, tidak menyinggung perasaan orang lain. - Kesantunan dalam berbahasa juga dapat dilihat daripada penggunaan kata panggilaan atau rujukan kehorat yang betul dan sesuai. - Dalam Bahasa melayu, penggunaan kata ganti nama diri orang berkait rapat dengan bentuk sapaan yang mengambil alih kata ganti nama untuk memberikan penghormatan atau kemulian kepada seseorang. Contohnya, jika seseorang itu pensyarah yang berpangkat doktor falsafah, menjadi kesilapan besar sekiranya beliau dipanggil encik. 2. STRATEGI KESANTUNAN BUKAN VERBAL - Kesantunan bukan verbal merupakan Bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan. - Kesantunan bukan verbal mampu menggambarkan personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu. - Komunikatif lisan yang disepadukan dengan bahsa tubuh akan lebih berkesan dan maksud yang disampaikan jelas. - Contohnya ,gerakan mata ke sana dan ke sini menunjukkan seseorang itu tidak berminat melihat dan mendengar sesuatu yang disampaikan oleh pihak lain kepadanya. - Mata dan dahi berkerut menunjukkan seseorang itu berminat tetapi tidak percaya. Jika mata seseorang itu berkelip lebih laju daripada biasa, seseorang itu berkemungkinan berdusta. Jika matanya tidak memandang tepat ke arah penutur, kemungkinan besar dia sedang malu. - Mimik muka juga memainkan peranan penting dalam berkomunikasi kerana melaui mimik muka, pelbagai tersirat dapat diunjukkan. Air muka dapat menggambarkan emosi, perasaan, harapan, menambat hati seseorang atau perasaan kurang senang. - Dalam masyarakat melayu, anak-anak diajar tentang penggunaan tangan kanan dan kiri. Tangan kanan untuk memegang makanan dan apabila memberi atau menerima sesuatu.penggunaan tangan kiri pula harus dielakkan kerana ia adalah perbuatan yang tidak sopan dan tidak selari dengan ajaran Islam. Penggunaan jari telunjuk juga menunjukkan kesantunan seseorang itu.jika seseorang itu terpaksa menuding kepada sesuatu semasa becakap atau berinteraksi terutamanya dengan pihak yang lebih tua atau yang dihormati , jari telunjuk tetap tidak boleh digunakan. Sebaik gunakanlah ibu jari kanan. - Dalam masyarakat melayu, menuding dengan jari telunjuk dianggap sebagai meninggikan diri atau memerintah kepada pihak yang mendengar. - Apabila seseorang hendak lalu di hadapan pihak yang lebih tua, yang lebih tinggi tarafnya atau pihak yang lebih dihormati, seseorang itu mesti melafazkan ungkapan ‘minta lalu’ atau’ tumpang lalu’. Ucapan izin ini boleh digantikan dengan perbuatan bukan verbal. Contohnya menundukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit ketika lalu sambal meluruskan tangan kanan ke bawah.

Isnin, 4 Ogos 2014

IMPAK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEPADA MASYARAKAT SATU ALAT BERKUASA :
  • TMK sebagai alat merevolusikan pembentukan persekitaran dan pembelajaran yang menyeluruh di seluruh dunia (tanpa sempadan) dan pada bila-bila masa.
  • TMK mebantu pelajar membuat penyesuaian pembelajaran mengikut keperluan sendiri. Selain itu, sebagai sumber maklumat yang terbesar boleh membantu masyarakat mengembangkan kemahiran penyoalan dan membuat penyelidikan.
  • TMK mewujudkan kumpulan pembelajaran secara maya. Simulasi dapat melaksanakan proses pembelajaran dan melakukan aktiviti secara maya.
  • TMK membantu pencarian maklumat terkini dengan cepat, pantas dan relevan melalui penggunaan internet.
  • TMK membantu merapatkan jurang digital. Menaiktaraf dan menambahkan infrastruktur komunikasi untuk meningkatkan kebolehcapaian di seluruh negara dengan tujuan merapatkan jurang digital.
  • TMK mampu menjamin keselamatan data dengan kemudahan sistem "data back-up " dan mampu memperkemaskan sistem maklumat dengan menggunakan aplikasi bersepadu.
  • TMK menyediakan bahan pembelajaran dalam bentuk elektronik(e-content) yang boleh meningkatkan pembelajaran.
 KEPADA MASYARAKAT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN :
  • Galakan terhadap penggunaan teknologi komputer didapati boleh meningkatkan harga diri dan keyakinan masyarakat. Dari aspek penulisan menggunakan pemprosesan perkataan serta komunikasi secara mel elektronik.
  • TMK dapat menguhubungkan antara komuniti yang pelbagai budaya.
  • Memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai perkara-perkara yang menjadi asas kepada pendidikan komputer bagi membolehkan mereka mempertingkatkan dan mengoptimakan kemahiran dalam bidang perkomputeran melalui pengajaran berasaskan teknologi komputer.
  • Penggunaan internet dan komputer multimedia telah mencetuskan perpindahan teknologi tradisional kepada era digital yang menakjubkan. Mengimbau realiti suatu ketika dahulu, telefon dan surat menyurat ataupun "snail mail" hanyalah wahana penghubungan ringkas yang kurang dalam monopoli perhubungan antarabangsa.
  • TMK membolehkan penyebaran maklumat lebih luas, cepat dan dinamik. Penyampaian maklumat dapat disampaikan dengan menggunakan bentuk persembahan yang berbeza seperti berbentuk perkataan atau multimedia.
KEPADA MASYARAKAT DAN EKONOMI
  • Perdagangan menerusi talian atau lebih dikenali sebagai e-dagang. Menerusi perdagangan elektronik ini, aspek geografi tidak lagi menjadi halangan bahkan potensi pasaran semakin meningkat dan lebih berbentuk global. Di alam internet inilah, peniaga-peniaga boleh mendirikan kedai-kedai maya mereka yang dapat mempamer dan mempromosikan jualan secara langsung 24 jam sehari. Malahan, proses-proses perniagaan seperi penghantaran pesanan, penyerahan bil bayaran serta penghantaran produk dapat dilaksanakan dengan cepat, sistematik dan terjamin. Mengalakkan e-dagang dan meningkakan penggunaannya bagi membolehkan Malaysia bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran global.
  • Perkhidmatan e-banking. Bank pada dasarnya adalah salah satu daripada sistem ekonomi yang penting kepada negara. Bank yang mengendalikan urus niaga kewangan biasanya melibatkan wang bernilai jutaan ringgit dan mengendalikan rekod-rekod pelanggan yang banyak, hampirsetiap hari. Urusan-urusan ini peru dilakukan dengan cekap dan pantas kerana melibatkan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan bank. Atas dasar keperluan inilah e-banking diwujudkan. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan-pelanggan bank mengakses akaun mereka di bank melalui internet.

Isnin, 21 Julai 2014

ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi...



1. Teknologi Maklumat dan Komunikasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi maklumat dan komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi.



2. Senn (1998) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna.Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya.



Rujukan :
 ~http://sabahthroughus.blogspot.com/2009/07/definisi-teknologi-maklumat-dan.html