JellyPages.com

JEANY AK. TINGGI-NUR EFYRINA-MARSHEL NESCIA

JEANY AK. TINGGI-NUR EFYRINA-MARSHEL NESCIA

Khamis, 4 September 2014

STRATEGI KESANTUNAN VERBAL DAN BUKAN VERBAL

1. STRATEGI KESANTUNAN VERBAL - kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis. - Bahasa halus digunakan dengan meluas dalam ungkapan bertatasusila. - Bahasa halus ini digunakan supaya perasaan orang lain tidak tersinggung semasa berkomunikasi. - Contoh, terima kasih dan selamat datang. - Penggunaan Bahasa halus juga melibatkan intonasi yang sesuai, iaitu nada pengucapan yang rendah, lembut dan sesuai, walaupun sewaktu menyindir, tidak menyinggung perasaan orang lain. - Kesantunan dalam berbahasa juga dapat dilihat daripada penggunaan kata panggilaan atau rujukan kehorat yang betul dan sesuai. - Dalam Bahasa melayu, penggunaan kata ganti nama diri orang berkait rapat dengan bentuk sapaan yang mengambil alih kata ganti nama untuk memberikan penghormatan atau kemulian kepada seseorang. Contohnya, jika seseorang itu pensyarah yang berpangkat doktor falsafah, menjadi kesilapan besar sekiranya beliau dipanggil encik. 2. STRATEGI KESANTUNAN BUKAN VERBAL - Kesantunan bukan verbal merupakan Bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan. - Kesantunan bukan verbal mampu menggambarkan personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu. - Komunikatif lisan yang disepadukan dengan bahsa tubuh akan lebih berkesan dan maksud yang disampaikan jelas. - Contohnya ,gerakan mata ke sana dan ke sini menunjukkan seseorang itu tidak berminat melihat dan mendengar sesuatu yang disampaikan oleh pihak lain kepadanya. - Mata dan dahi berkerut menunjukkan seseorang itu berminat tetapi tidak percaya. Jika mata seseorang itu berkelip lebih laju daripada biasa, seseorang itu berkemungkinan berdusta. Jika matanya tidak memandang tepat ke arah penutur, kemungkinan besar dia sedang malu. - Mimik muka juga memainkan peranan penting dalam berkomunikasi kerana melaui mimik muka, pelbagai tersirat dapat diunjukkan. Air muka dapat menggambarkan emosi, perasaan, harapan, menambat hati seseorang atau perasaan kurang senang. - Dalam masyarakat melayu, anak-anak diajar tentang penggunaan tangan kanan dan kiri. Tangan kanan untuk memegang makanan dan apabila memberi atau menerima sesuatu.penggunaan tangan kiri pula harus dielakkan kerana ia adalah perbuatan yang tidak sopan dan tidak selari dengan ajaran Islam. Penggunaan jari telunjuk juga menunjukkan kesantunan seseorang itu.jika seseorang itu terpaksa menuding kepada sesuatu semasa becakap atau berinteraksi terutamanya dengan pihak yang lebih tua atau yang dihormati , jari telunjuk tetap tidak boleh digunakan. Sebaik gunakanlah ibu jari kanan. - Dalam masyarakat melayu, menuding dengan jari telunjuk dianggap sebagai meninggikan diri atau memerintah kepada pihak yang mendengar. - Apabila seseorang hendak lalu di hadapan pihak yang lebih tua, yang lebih tinggi tarafnya atau pihak yang lebih dihormati, seseorang itu mesti melafazkan ungkapan ‘minta lalu’ atau’ tumpang lalu’. Ucapan izin ini boleh digantikan dengan perbuatan bukan verbal. Contohnya menundukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit ketika lalu sambal meluruskan tangan kanan ke bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan