Khamis, 4 September 2014
Kesantunan Verbal dan Non Verbal
Kesantunan Verbal
• Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab.
• Dikenali sebagai kesantunan berbahasa.
• Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan.
• Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.
• Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan- rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umum dan lain-lain lagi.
• Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.
• Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan.
• Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa-apa yang ingin disampaikan.
• Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut.
• Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain.
• Bertanya Khabar
1. “Apa khabar? Lama kita tidak berjumpa."
2. “Assalamualaikum” .
3. Contoh lain : Terima kasih, Sila duduk dan sebagainya.
• Memberi salam apabila bertemu dengan orang yang lebih tua.
Mengucapkan terima kasih.
• Semasa kita berkomunikasi komponen-komponen bahasa seperti fonetik dan fonologi, semantik, morfologi, dan sintaksis digunakan.
• Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa.
• Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul.
• Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan kata.
• Semantik berkaitan dengan makna kata atau ayat.
• Tuntasnya, kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.
• Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan- rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umum dan lain- lain lagi.
• Kesantunan verbal juga boleh ditonjolkan melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan.
• Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa-apa yang ingin disampaikan.
Aspek-aspek Kesantunan Verbal
• Bertutur dengan menggunakan bahasa halus.
• Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tatatertib.
• Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
• Bahasa sapaan lisan / bertulis haruslah digunakan dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau berbudi bahasa.
• Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
• Kesantunan bahasa bukan sahaja merangkumi penggunaan dalam pertuturan tetapi juga dalam bentuk bertulis.
• Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
• Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersinam, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
• Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
• Lihat contoh berikut :
o Pak cik – digunakan untuk orang lelaki yang amat sebaya dengan ayah sendiri.
o Mak cik – digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak sendiri.
o Tok – digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek sendiri.
o Abang – digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya.
o Kakak – digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
o Adik – digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada sendiri.
• Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada :
o Panggilan kekeluargaan pertalian darah
Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
o Gabungan nama kekeluargaan asas
Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik, Kak Cik.
o Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan
Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar
( Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua )
Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua. Contoh : abang ipar, kaki ipar, adik ipar, mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.
• Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
o Tuan – digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada sendiri dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
o Encik, Cik – boleh digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada sendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
o Puan – untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada sendiri dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
o Saudara – digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan sendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dengan sendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan dan sebagainya.
o Saudari – digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
o Tetuan – hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan ( termasuk syarikat guaman ) seperti : Tetuan Syarikat Sinaran Sdn.Bhd.
• Gelaran warisan
o Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam), Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu)
o Gelaran ketua runan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak), Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (Kedah) dan Tun (Terengganu).
o Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w seperti syed atau sayed bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan.
o Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
o Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden ( Jawa ), Daeng (Bugis ), Sidi, Sutan ( Minangkabau ), Teuku dan Teungku ( Aceh ).
• Gelaran Kurniaan
o Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk ( Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia ), Datuk ( Datuk Patingi, Datuk Amar ), Datin Paduka ( gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor ), Tok Puan ( isteri kepada datuk di Terengganu ).
o Pendeta Za’aba [ gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).]
o Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
• Kata Panggilan dalam majlis rasmi
Kesantunan Non Verbal
• Kesantunan non verbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan.
• Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan dan gerakan tubuh.
• Tidak kira sama ada melalui verbal atau non verbal, konsep kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas muka bumi ini.
• Konsep kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.
• Bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata memainkan peranan yang sama penting untuk melestarikan konsep kesantunan non verbal itu.
• Ekspresi muka dapat menjadi sumber informasi yang menggambarkan keadaan emosional seseorang, seperti: perasaan takut, marah, jijik, muak, sedih, gembira, dan minat. Melalui ekspresi muka, orang akan mengetahui perasaan kita dengan melihat ekspresi muka kita.
• Melalui mata pula, kita boleh mengetahui bagaimana sikap seseorang, adakah seseorang itu bersiap sedia untuk berinteraksi, adakah seseorang itu memberi perhatian terhadap penutur atau tidak.
• Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah :
o Pengulangan ( repeating ) – mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.
o Penggantian ( substituting) – menggantikan verbal dengan simbol atau lambang.
o Kontradiksi ( contrast / regulating ) – menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan non verbal.
o Pelengkap ( complement ) – melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.
o Penegasan ( accenting / moderating ) – menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.
Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbal
• Gerakan Anggota Badan
o Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu.
o Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.
o Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti :
Isyarat gerakan tangan
Isyarat air muka
Bahasa tubuh
• Gerakan Mata
o Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.
o Contohnya :
Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat.
Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta.
Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu / tidak tenteram perasaannya.
Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya.
o Gerakan Tangan
Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang kebudayaan.
Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
Contohnya :
Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.
Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam / tolong senyap.
Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.
o Mimik Muka
Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang.
Contohnya :
Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui banyak maksud yang tersurat dan tersirat.
Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadian seseorang.
Ahli komunikasi yang baik dapat mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya.
Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui, untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra / positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.
Kesantunan Verbal dan Non Verbal
• Daripada aspek bahasa Malaysia menurut pemahaman saya, kesantunan berbahasa merujuk kepada kesantunan berbahasa daripada segi verbal dan non verbal.
• Melalui verbal dan non verbal, kesantunan berbahasa dapat ditonjolkan dan seterusnya dicontohi oleh masyarakat terutamanya golongan muda masa kini yang dilihat semakin meminggirkan kesantunan berbahasa sama ada daripada segi verbal atau pun non verbal.
• Kesimpulannya, konsep kesantunan berbahasa ini perlulah dihayati, diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia.
• Hal ini kerana kesantunan berbahasa ini sangat penting sama ada verbal atau non verbal bagi menjaga nama baik bangsa, agama dan tanah air tercinta.
• Malahan, kesantunan berbahasa ini juga dapat menjaga hubungan baik kita sesama insan berbagai bangsa serta mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim yang baik dengan semua orang.
• Oleh itu, diharapkan semua pihak dapat bersama-sama berganding bahu dalam membangkitkan, menanam sifat kesantunan ini agar kita semua mendapat manfaatnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan